// Shaklee Taman Equine Seri Kembangan: Punca Rambut Gugur Punca Rambut GugurShaklee Taman Equine Seri Kembangan

Punca Rambut Gugur

Salam Sejahtera buat semua rakan-rakan blogger.
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman gembira saya petang tadi ketika membuat kunjungan ke Hair SPA favourite saya yang terletak berhampiran dengan rumah saya.
Actually saya adalah regular customer di situ.  

Sebelum ini saya jarang ke saloon rambut , tetapi semenjak awal 2010 selepas saya melahirkan anak ke 2 saya, rambut saya mulai gugur dengan banyak . saya perasan selepas shampoo rambut saya mmg byk gugur bertaburan dlm bilik air ..sekali tengok seramnyeee, dan pernah terpikir dalam hati "kalau rambut gugur hari2 banyak mcm neh??lelama bole jadi nipis la rambut" . di tambah pula bila di sikat ,banyak rambut bertaburan di atas lantai . lelama lantai rumah dipenuhi dengan rambut. hermmm mmg problem sungguh.

Jom kita lihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan keguguran rambut??
Beberapa perkara boleh menyebabkan keguguran rambut yang berlebihan.


hair follicle

Kredit kepada artikel asal : familydoctor , wikipedia , ishrs

1) Disebabkan penyakit atau pembedahan besar
Sebagai contoh, kira-kira 3 atau 4 bulan selepas penyakit atau pembedahan besar, anda tiba-tiba boleh kehilangan sejumlah besar rambut. Kehilangan rambut yang berkaitan dengan tekanan penyakit adalah bersifat sementara.

2)Ketidakstabilan HormonMasalah hormon boleh menyebabkan keguguran rambut. Jika kelenjar tiroid anda terlalu aktif atau tidak begitu aktif, rambut anda mungkin akan jatuh. Keguguran rambut ini biasanya boleh dibantu oleh rawatan penyakit tiroid. Keguguran rambut boleh berlaku jika hormon lelaki atau perempuan, yang dikenali sebagai androgen dan estrogen, tidak seimbang. Membetulkan ketidakseimbangan hormon boleh menghentikan kehilangan rambut anda.

3)Melahirkan anakRamai wanita notis rambut gugur kira-kira 3 bulan selepas mereka telah mempunyai anak. Keguguran ini juga berkaitan dengan hormon. Semasa mengandung, tahap hormon-hormon tertentu yang tinggi menyebabkan badan menyimpan rambut yang biasanya akan jatuh. Apabila hormon kembali ke tahap pra kehamilan, rambut akan mula gugur dan kitaran apabila kitaran menjadi normal, pertumbuhan rambut secara normal dan keguguran akan berlaku semula.

4)pengambilan ubat-ubatanSesetengah ubat boleh menyebabkan keguguran rambut. keguguran rambut jenis ini akan bertambah baik apabila anda berhenti mengambil ubat. Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rambut gugur termasuk pencair darah (juga dipanggil anticoagulants), ubat-ubatan yang digunakan untuk gout, tekanan darah tinggi atau masalah jantung, vitamin A (jika terlalu banyak diambil), pil kawalan kelahiran dan antidepresan.

5) Jangkitan PenyakitJangkitan tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut. Jangkitan kulat pada kulit kepala boleh menyebabkan keguguran rambut di kalangan kanak-kanak. Jangkitan ini mudah dirawat dengan ubat-ubatan antikulat.
Akhirnya, rambut gugur boleh berlaku sebagai sebahagian daripada penyakit  seperti lupus atau diabetes. Sejak keguguran rambut boleh menjadi tanda awal penyakit, ia adalah penting untuk mencari sebab supaya ia boleh dirawat.


6)Persekitaran kulit kepala yang tidak sihat boleh memainkan peranan penting dalam penipisan rambut dengan menyumbang kepada pengecilan atau menyebabkan kerosakan. Bahan pencemar udara dan air, toksin alam sekitar, produk penggayaan konvensional dan jumlah sebum yang berlebihan mempunyai potensi untuk membina pada kulit kepala. Serpihan sebum yang berlebihan ini boleh menyekat folikel rambut dan menyebabkan kemerosotan rambut. Dari segi fizikal, ia juga boleh menyekat pertumbuhan rambut atau kerosakan kutikula rambut, membawa kepada rambut yang lemah dan mudah putus sebelum kitaran hayat semula jadi telah berakhir.

7) Faktor genetik yang diwarisi daripada ibu/bapa yang mempunyai masalah rambut  samada man pattern baldness atau female pattern baldness .

*** Perkara pertama yang perlu anda lakukan jika mengalami keguguran rambut yang serius ialah dengan mendapatkan nasihat dari pakar / profesional pemulihan rambut terlebih dahulu .


Melalui pengalaman saya sendiri , faktor no.2  no.3, dan no.6 antara faktor paling rapat dengan saya.

Setelah mengamalkan suplemen yang membantu mestabilkan hormon dan memperbaiki sel yang rosak serta set penjagaan rambut yg berasal daripada bahan-bahan organik yang kaya dengan vitamin semulajadi .
Alhamdulillah petang tadi , my stylist Cik crystal iaitu seorang amoi telah menyedarkan saya tentang perubahan yang berlaku pada rambut saya.

Ms Cystal yang mula menegur saya .Ketika itu dia sedang gigih mengurut rambut saya. dan saya pula dah ala2x nak tidur pon ada sedap best sgt2x hehe cuba la hair spa kenkawan mmg bisa me-release-kan stress di kepala hehe. Nak tahu apa teguran Ms Crystal terhadap rambut saya?? Jom kita dengar perbualan saya dengan cik crystal tadi .

Ms Crystal : eh rambut you makin lebat dan tak banyak gugur la??you pakai apa??

saya : Betul ke crystal? ke you saje je neh nak melawak dengan i. takkan la cepat effect..you tau tak i baru je beberapa bulan start pakai tonik rambut. shampoo pula pakai organik shampoo mcm you sarankan masa mula2 you buat treatment dulu ..ingat tak??
(tak silap saya , saya buat 1st treatment masa feb 2011) masa tu baru start pakai organik shampoo. Ms crystal sempat promote branded shampoo kepada saya , tapi saya kata tunggu dulu ,biar saya habiskan organik shampoo yang saya guna ini)

Ms Crystal : shampoo tu ingat2 ..elok organik..tapi tonik you mmg berkesan laaaa , cuba you tengok neh, beberapa helai je gugur . sedangkan i dah urut abis-abisan ..sebelum neh kan rambut you banyak gugur. rambut you makin lebat dan cepat panjang. bukan ke you baru potong ke ? you potong dengan i kan??

saya : a ah you le sape lagi yg slalu godek rambut i.. ehh betul ke rambut i tak gugur? bak sini nak tgk tangan you. (seperti yang diperkatakan oleh my stylist ..Alhamdulillah hanya beberapa helai sahaja yang melekat di telapak tangannya walhal dia dah buat rawatan rambut saya dekat dengan sejam)
telapak tangan ms crystal menunjukan rambut gugur tidak banyak, hanya beberapa helai sahaja. oleh kerana
camera handphone saya yang tidak berapa canggih, nampak mcm hampir tiada rambut gugur kan hehhe.

walaupon Miss Crystal urut2 dan tenyeh2 kepala saya kuat2x masa massage..mmg tak byk gugur.adala sehelai dua..takkan la tak gugur langsung tu kira tak logik pula kan..

Alhamdulillah dengan izin ALLAH, Nak tahu Apakah rahsianya?

Melalui pembacaan , saya dapati keguguran rambut berpunca dari pelbagai faktor.
Memandangkan masalah rambut saya lebih kepada faktor ketidakseimbangan hormon dan banyak sel yang rosak ketika bersalin anak ke 2 dahulu.

Maka saya mengambil inisiatif dengan mengambil sirap suplemen yang kaya dgn polifenol untuk memperbaiki sel rosak dan juga suplemen yg kaya dengan omega 6 dari minyak benih matahari untuk membantu mestabilkan hormon wanita (faktor no 2 & faktor no 3)

Di samping itu saya  juga mengamalkan set penjagaan rambut .(organik shampoo + organik moisturizer + tonik rambut) sebagai set penjagaan rambut saya.Mereka mempunyai fungsi menyeimbangkan dan menyegar kulit kepala.Tonik kepala pula  yang amat mudah diserap oleh kulit rasa segar je kulit kepala apabila saya titiskan beberapa drop dan kemudiannya disusuli dengan urutan ke atas kepala kulit kepala saya.
Tonik rambut tersebut berfungsi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran (faktor no.6) yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.

Alhamdulillah setelah mengamalkan suplemen dan set penjagaan rambut dari bahan2x organik ..saya telah menerima kabar gembira oleh pakar treatment rambut sendiri ..berita gembira buat saya hari ini ♥

anak lelaki saya pon turut join hair spa petang tadi cute kan hehe sibuk nak mengikut saya sangat ..dah la tak duduk diam kacau mommy nak ber SPA , maka saya hadiahkan dia kid's treatment ..seronok kata nya kakak tu urut sampai geli telinga hahahah. Lenkali dia suruh saya bwk dia ke sini lagi .
InsyaALLAH wahai anakku jika diizinkanNya. ibu bawa you jadi teman ibu ya.

Di sebabkan gembira dengan perubahan yg berlaku pada rambut saya, cik crystal pon tumpang happy ..last2 crystal tolong buatkan new hairdo untuk saya.

ala2x model di bawah hehehehe..ari ni mood happy yeahhh!Senyum sikit mcm org bwh neh ..Wink ;)


Kesimpulannya , anda perlu mengetahui Apakah Punca Keguguran Rambut Anda?(dengan merujuk kepada pakar terlebih dahulu)... Setelah mengetahui punca-puncanya , kemudian barulah boleh mencari suplemen dan juga produk manakah yang sesuai dengan anda.

Alhamdulillah setelah sekian lama tercari-cari produk yang sesuai dgn kulit kepala ..Akhirnya saya sudah ketemuinya dan akan terus mengamalkannya agar tahap kesihatan rambut saya makin meningkat.



Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya :-

          Mai Iskandar
Email : auntiekemai[@]gmail.com
SMS : 010-2755586
Fanpage : Mynutrisi  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...