Apakah vitamin yang membantu kesuburan rahim?

Oleh kerana ada kawan-kawan dan pelanggan saya bertanyakan produk shaklee yang mana boleh menambahkan kesuburan? agak lama saya pendam entry psl kesuburan kerana perlu buat survey tgk pengalaman-pengalaman kawan-kawan saya di Euphoria GBS di forum tertutup kami (khas utk pengedar shaklee sahaja) Alhamdulillah baru perasan ada seorang pengedar yang share pengalaman beliau di blog nya.
Jom kita lihat pengalaman Pn Ila disamping ceduk ilmu mengenai vitamin yang sesuai untuk kesuburan. Sharing is caring :)

Tiga bulan usia perkahwinan, saya sah mengandung :) Kak Fynne, biras saya ckp babah Aien ni sharp shooter hehehe. (Tapi tak sharp sgtla sebab 3bln baru berjaya hahaha). Namun, rezeki tak menyebelahi kami sebab kandungan saya disahkan 'MOLAR' (atau kandungan ANGGUR). Boleh refer sini utk cerita pasal kandungan tu...

So, saya kena jalani D&C utk buang kandungan tu. Prof Hatta yg rawat saya mengingatkan supaya saya tak boleh pregnant dalam tempoh 6 bulan. Sampailah tahap beta HCG dlm darah saya normal, baru saya dikatakan selamat utk mengandung semula.


Macam serius je cerita saya ni hehehe. Ok ok. Kita gelak2 sikit. Sambung balik cerita.

Belum pun 6 bulan berlalu (dlm 5 bulan lepas D&C) tapi Prof Hatta ckp darah saya dah ok, so boleh dah kalau nak peknen balik. Ohhh..happynya kitorg dengar! Apa lagi, org baru kahwin lah katanya, dan Alhamdulillah saya terus pregnant lepas tu. Takyah tunggu2 dah. masa nilah Aien kat dlm perut saya :) Kali ni baru babah Aien pemenang sharp shooter! hehehe :)

Itu cerita saya yg mudah nak mengandung. Alhamdulillah.. rezeki kurniaan Allah setelah Dia tarik nikmat kegembiraan masa kandungan pertama saya dulu. Saya sedih punyalah tak igt. tapi Dia kan Maha Mengetahui segalanya. Jadi, saya redha & teramat gembira dgn anugerah kali kedua ini.

Bagaimana pula dgn pasangan2 lain yg dah terlalu lama mengharapkan kehadiran cahayamata sebagai pelengkap & penyeri hidup mereka? 

Jom kita kongsi tentang masalah ketidaksuburan di kalangan pasangan yg dah lebih setahun berkahwin tapi belum berjaya dikurniakan cahayamata. Credit to MommyLyna:)

Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seseorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).

Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah ada sehingga membawa kepada perceraian!

Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca dari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

Punca wanita tidak subur:

* Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
* Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
* Penyakit berkaitan kelamin.
* Penyakit berkaitan masalah pelvik.
* Merokok.
* Pengambilan kafein yang berlebihan.
* Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
* Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

Punca lelaki tidak subur:

* Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
* Sperma kurang cergas
* Sperma yang tidak sempurna
* Sekatan pada saluran semen
* Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.

Punca kedua2 lelaki dan perempuan tidak subur:

* Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
* Pendedahan terhadap punca radiasi.
* Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.

Antara cara-cara untuk menanganinya
Pengambilan Vitamin-Vitamin Untuk Tingkatkan Kesuburan:

Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.
B Complex - Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.


Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, saya cadangkan kedua2 suami isteri mengambil Set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc bagi membantu tahap kesuburan anda.

Di samping itu, kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :) Amin


Artikel asal : Buahhatikusayang

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya :-

          Mai Iskandar
Email : auntiekemai[@]gmail.com
SMS : 010-2755586
Fanpage : Mynutrisi  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...